Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR ketika memindahkan mangsa tanah runtuh kawasan Catubouw, Pegunungan Arfak, Papua Barat, Indonesia. Foto Pejabat SAR Manokwari

Sembilan maut, 11 hilang dalam tragedi banjir kilat di Papua Barat

ByTVS

JAKARTA, 21 Mei: Sembilan mangsa disahkan maut manakala 11 lagi masih hilang dalam kejadian banjir kilat yang melanda kawasan Catubouw, Pegunungan Arfak, Papua Barat sejak beberapa hari lalu.

Menurut Pejabat Pencarian dan Penyelamatan (SAR) wilayah Manokwari, kesemua mangsa yang masih hilang sedang giat dikesan dalam operasi yang kini memasuki hari keempat.

Ketua Pejabat SAR Manokwari, Yefri Sabaruddin, berkata seramai 76 anggota penyelamat terlibat dalam operasi itu namun berdepan cabaran besar susulan cuaca buruk dan bentuk muka bumi yang mencabar.

“Operasi turut tergendala berikutan ketiadaan jentera berat seperti jengkaut untuk mengalihkan runtuhan tanah di kawasan bencana. Jentera berkenaan kini sedang dalam proses penghantaran ke lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga semua mangsa ditemui, dengan tempoh operasi dijadual berlangsung selama tujuh hari.

Mayat mangsa yang berjaya ditemui telah dihantar ke hospital berdekatan bagi proses pengecaman dan pengurusan lanjut.

Difahamkan, kawasan yang terjejas adalah penempatan sementara pelombong emas tradisional. Insiden tanah runtuh yang berlaku turut memusnahkan khemah serta menghanyutkan peralatan milik para pelombong.

Pihak berkuasa tempatan kini memberi tumpuan kepada usaha menyelamat, selain menilai tahap risiko lanjut di kawasan terbabit berikutan potensi berlaku runtuhan susulan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan