Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Sambutan Jubli Perak Pustaka Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Rabu. Foto Ezzany (TVS)

S Pay Global cerminan penguasaan ekonomi digital luar bandar

KUCHING, 21 Mei: Kejayaan penggunaan platform e-dompet S Pay Global dalam kalangan masyarakat luar bandar membuktikan Sarawak berada di landasan tepat dalam menguasai teknologi ekonomi digital.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia disokong dengan keberkesanan program bantuan kerajaan Sarawak Ku Sayang (SKAS) yang disalurkan secara atas talian yang kini mencatatkan kadar penggunaan sebanyak 86 peratus dalam kalangan penerima luar bandar.

Beliau menekankan bahawa penggunaan teknologi harus melangkaui tujuan hiburan semata-mata, sebaliknya dimanfaatkan untuk menimba ilmu pengetahuan dan memperkasa diri dalam ekonomi digital.

Selari dengan peranan Pustaka Negeri Sarawak sebagai pusat literasi digital, Abang Johari berkata ia seharusnya digunakan sebagai platform penting.

“Dulu, perpustakaan hanya ada di Muzium Sarawak dan British Council Library.

“Hari ini, Pustaka telah berkembang menjadi pusat ilmu moden dengan inisiatif seperti Pusat Komuniti Digital dan program e-pembelajaran PANDei yang merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Jubli Perak ke-25 Pustaka Negeri Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) malam Rabu.

Abang Johari turut mendedahkan pembinaan sebuah bangunan arkib moden merupakan salah satu inisiatif usaha digitalisasi antara kerajaan Sarawak dan Pustaka.

Katanya ia berperanan penting bagi menyimpan dokumen sejarah negeri termasuk dokumen Perjanjian Malaysia 1963 yang kini telah dibawa pulang ke Sarawak untuk disimpan secara fizikal dan digital.

“Semoga Pustaka terus menjadi tonggak ilmu dan membimbing generasi muda untuk memajukan Sarawak ke hadapan,” ujarnya.—TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan