Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sambutan Jubli Perak Pustaka Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Rabu. Foto Ezzany (TVS)

Pustaka pemangkin Sarawak menuju wilayah intelektual

KUCHING, 21 Mei: Pustaka Negeri Sarawak terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin utama dalam menjayakan aspirasi negeri untuk menjadi sebuah wilayah berasaskan pengetahuan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sambutan Jubli Perak itu menandakan kejayaan transformasi dicetuskan dalam bidang ilmu, literasi digital dan pembudayaan maklumat dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Pustaka bukan sekadar sebuah perpustakaan, ia adalah institusi yang menggerakkan perubahan cara berfikir rakyat Sarawak.

“Kita ingin melihat masyarakat kita celik maklumat, berdaya saing dan bersedia menghadapi abad ke-21,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Jubli Perak Pustaka Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Rabu.

Menurutnya penubuhan Pustaka sejak 25 tahun lalu telah membuka jalan kepada pelbagai inisiatif yang menyokong misi pembangunan negeri berasaskan pengetahuan.

Malah ia memainkan peranan penting sebagai pusat rujukan utama, gedung khazanah sejarah serta platform pembelajaran merentas generasi.

Antara lain, inisiatif digital yang dipelopori oleh Pustaka juga menjadi antara pemangkin utama dalam merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, selaras dengan transformasi digital yang digariskan oleh Kerajaan Sarawak.

Sambutan Jubli Perak ini katanya bukan hanya menjadi titik refleksi, tetapi hala tuju baharu dalam melahirkan warga Sarawak yang berilmu, progresif dan berdaya tahan dalam era globalisasi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan