Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Menandatangani Pernyataan Bersama PETRONAS-PETROS di Putrajaya, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

PM, Premier tandatangani deklarasi persefahaman PETRONAS – PETROS

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 21 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari hari ini menandatangani deklarasi bersama dalam usaha memartabatkan industri minyak dan gas negara.

Menurut Perdana Menteri, keadaan semasa menuntut kerajaan mengakui bahawa Sarawak mempunyai kematangan, keupayaan dan berkembang dalam industri minyak dan gas menerusi syarikat milik kerajaan negeri iaitu Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

“Kita telah memeterai persefahaman yang baik ke arah memajukan Malaysia dan Sarawak melalui Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan PETROS.

“Dari segi prinsip telah disepakati sebelum ini semasa saya berunding dengan Abang Johari mengenai parameternya,” katanya pada Majlis Menandatangani Pernyataan Bersama dan Sidang Media bersama Premier Sarawak di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros), Dato Ibrahim Baki.

PM dan Premier setuju rundingan seterusnya antara PETRONAS-PETROS dipermudahkan

Mengulas lanjut, deklarasi bersama itu menyaksikan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengiktiraf dan menghormati Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016).

Anwar dalam pada itu memberi jaminan peranan PETRONAS tidak akan tergugat, dengan menegaskan peranan syarikat itu bersama Petros akan diiktiraf dalam menjalankan operasinya di Sarawak.

PM dan Premier setuju rundingan seterusnya antara PETRONAS-PETROS dipermudahkan

“Kedua-dua entiti juga bekerja mengangkat martabat negara dalam penerokaan tenaga. Hasrat kita (kerajaan) selain menjayakan PETRONAS, kita juga mahu jadikan Sarawak sebagai hab bagi ASEAN.

“Ia sekali gus akan memberi kemenangan kepada negara dan keberhasilan dalam mengangkat ekonomi Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan