Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Menandatangani Pernyataan Bersama PETRONAS-PETROS di Putrajaya, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

PM dan Premier setuju rundingan seterusnya antara PETRONAS-PETROS dipermudahkan

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 21 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg secara bersama bersetuju untuk mempermudahkan rundingan seterusnya antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Menerusi deklarasi bersama yang ditandatangani kedua-dua pihak hari ini, ia memperakui undang-undang Persekutuan dan Sarawak, kedudukan perjanjian-perjanjian sedia ada dan pembentukan rangka kerja kerjasama antara PETRONAS dan PETROS.

PM, Premier tandatangani deklarasi persefahaman PETRONAS – PETROS

Menerusi satu kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri hari ini, deklarasi bersama itu antara lain menegaskan semua undang-undang Persekutuan dan Sarawak yang berkaitan dengan pengagihan gas di Sarawak hendaklah wujud secara bersama dan dihormati oleh semua pihak termasuk PETRONAS dan PETROS.

“PETRONAS akan meneruskan fungsi, aktiviti, tanggungjawab dan kewajipan sepertimana yang diamanahkan kepada PETRONAS di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

“Kerajaan Sarawak telah melantik PETROS sebagai agregator gas berkuat kuasa 1 Mac 2025 dengan pelantikan itu hendaklah dihormati oleh semua pihak yang menjalankan perniagaan pemasaran, pengedaran dan pembekalan gas kepada pengguna domestik di Sarawak,” kata kenyataan itu.

PM, Premier tandatangani deklarasi persefahaman PETRONAS – PETROS

Selain itu, kenyataan itu menjelaskan, sebarang perjanjian dan pengaturan) antara PETRONAS anak syarikatnya dengan pihak ketiga bagi tujuan penjualan LNG dari sektor huluan hingga ke pengeksportan LNG kepada pihak-pihak antarabangsa akan kekal tidak terjejas.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menggariskan keperluan untuk PETRONAS dan PETROS mengadakan perbincangan bagi tujuan meluaskan kerjasama bagi keperluan gas domestik.

“Kerjasama dalam projek-projek penyaluran bekalan gas sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari bagi menyokong Pelan Hala Tuju Gas Sarawak.

“Ia termasuk projek tenaga hijau, hidrogen dan penjanaan elektrik yang mungkin dilaksanakan oleh PETRONAS dan PETROS, selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak,” katanya.

Kenyataan itu menambah, semua perbincangan lanjut mengenai kerjasama mesti tertakluk kepada daya maju komersial dan teknikal.

“Bagi tujuan projek-projek masa depan di Sarawak yang melibatkan rakan kongsi antarabangsa, PETRONAS akan bekerjasama dengan PETROS.

“Kedua-dua pihak PETRONAS dan PETROS hendaklah berusaha untuk terus bekerjasama memperincikan rangka kerja demi kepentingan negara mengikut prinsip komersial secara telus,” jelasnya.

Potensi besar yang dapat diterokai secara menyeluruh dari kesepakatan itu, katanya diyakini mampu memperkukuhkan kepercayaan dan mengembalikan keyakinan para pelabur khususnya syarikat-syarikat antarabangsa di dalam sektor petroleum untuk memuktamadkan hala tuju pelaburan masing-masing di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan