Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Steven Sim mengadakan lawatan kerja ke Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. di Shah Alam. Foto Kementerian Sumber Manusia

Perjanjian Kolektif instrumen komprehensif lindungi pekerja, majikan

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Perjanjian Kolektif (CA) merupakan instrumen yang komprehensif dan fleksibel dalam menjaga kepentingan pekerja, khususnya berkaitan rundingan faedah dan gaji yang adil mengikut konteks industri.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata kadar gaji minimum tidak boleh dijadikan satu-satunya penanda aras dalam memastikan kebajikan pekerja terus terpelihara.

“CA juga mempunyai kekuatan undang-undang di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177), di mana majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, perjanjian itu bukan sahaja memberi perlindungan undang-undang kepada pekerja dan majikan, malah menjadi asas kepada hubungan industri yang harmoni dan produktif.

Terdahulu, Steven mengadakan lawatan kerja ke Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) di Shah Alam.

Lawatan itu merupakan antara usaha berterusan kerajaan untuk membina ekosistem pekerjaan yang lebih adil, inklusif dan progresif, berasaskan kerjasama kukuh antara kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan