Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin pada sidang media Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat DUN ke-19, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Operasi AirBorneo kekalkan tenaga kerja MASwings

ByMadeline Dugat

KUCHING, 21 Mei: Keseluruhan tenaga kerja MASwings akan dikekalkan selepas proses peralihan operasi kepada AirBorneo Holdings Berhad, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.

Beliau menjelaskan bahawa kesemua pekerja MASwings yang melibatkan pelbagai jawatan dalam operasi dan pentadbiran, akan diserap ke dalam syarikat baharu, AirBorneo yang kini dalam fasa peralihan.

“Ini adalah untuk memastikan kesinambungan, kestabilan operasi dan juga kebolehpercayaan perkhidmatan sepanjang dan selepas fasa peralihan,” katanya ketika sidang media pada Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 hari ini.

Menurut Kim Shin, tempoh peralihan ini bermula pada Februari 2025 dan dijangka selesai pada 31 Disember 2025.

Katanya, sepanjang tempoh ini, pihak berkuasa akan bekerjasama dengan agensi persekutuan untuk mematuhi semua keperluan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Selain itu, proses peralihan ini turut melibatkan pemindahan aset operasi dari Malaysia Aviation Group (MAG) ke AirBorneo, termasuk penyelesaian bagi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli antara kedua-dua pihak.

Jelasnya, AirBorneo juga sedang berunding dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan agensi-agensi persekutuan berkaitan untuk memastikan perkhidmatan udara jalan raya di Sarawak dan Sabah terus disubsidi dan dapat dijalankan dengan lancar.

“Subsidi. Sudah tentu, syaratnya adalah Kerajaan Persekutuan terus memberi subsidi kepada Perkhidmatan Udara. Jadi, kami perlu menyelesaikan perkara ini kerana akan ada terma dan syarat baru di bawah AirBorneo berkaitan laluan, liputan dan sebagainya.” katanya.

Sementara itu, perjanjian baharu bagi Perkhidmatan Udara Jalan Raya (RAS) dijangka akan dimeterai selepas tempoh peralihan ini, dengan tumpuan diberikan kepada memastikan sokongan berterusan daripada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan udara di kawasan luar bandar.

Dalam perkembangan lain, Kim Shin turut menegaskan bahawa proses pemerolehan pesawat ATR72 masih dalam perbincangan, namun butiran terperinci mengenai jumlah unit yang akan diperoleh masih belum diumumkan.

“Itu tunggu lah. Nanti mungkin Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sendiri akan pergi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan