Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Dr Ahmad Hata Rasit ditemui pemberita selesai Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) 2025 di Kota Samarahan pada Rabu. Foto TVS

MAGU platform prestij iktiraf kecemerlangan warga UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 21 Mei: Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) 2025 terus menjadi platform berprestij tahunan bagi mengiktiraf kecemerlangan, dedikasi dan sumbangan signifikan warga universiti dalam pelbagai bidang perkhidmatan.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, penganjuran MAGU melambangkan komitmen universiti dalam menyemai budaya penghargaan, sekali gus menyokong aspirasi kecemerlangan berterusan dalam kalangan kakitangan akademik dan pentadbiran.

Menurut beliau, usaha ini juga seiring hasrat UNIMAS untuk memperkukuh nilai profesionalisme, integriti dan kecemerlangan dalam mendepani cabaran masa depan.

“Majlis ini adalah untuk mengiktiraf kecemerlangan kakitangan-kakitangan pelaksana dan juga akademik, serta sumbangan mereka yang begitu signifikan sehingga menjadikan UNIMAS yang kita kenali sekarang berbanding 30 tahun yang lalu.

“Pengiktirafan itu amat penting untuk memberi semangat kepada bakal-bakal generasi akan datang agar meneruskan legasi kecemerlangan warga UNIMAS ini,” ujarnya.

Tambah beliau, kejayaan warga universiti merupakan kunci utama kepada kejayaan institusi secara keseluruhan.

“Saya percaya jika kakitangan kita memberikan yang terbaik dalam apa jua perkara, tidak mustahil pada suatu hari nanti, UNIMAS bukan sahaja menjadi universiti yang terbaik di Malaysia, malah di peringkat dunia,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan di Kota Samarahan pada Rabu.

MAGU 2025 menyaksikan seramai 358 penerima anugerah dalam tiga kategori utama iaitu Anugerah Akademik, Anugerah Pengurusan dan Anugerah Sukan.

Turut disampaikan beberapa anugerah khas seperti Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk UNIMAS, Anugerah Pentaksiran dan Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif (Teradun) UNIMAS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan