Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerima anugerah Norazlina Abdul Rahman, Dr Asmaul Husna Haris Fadzilah, dan Djennifer Franklin ditemui selesai Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) 2025 di Kota Samarahan pada Rabu. Foto TVS

MAGU 2025 suntik semangat kecemerlangan warga UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 21 Mei: Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) 2025 menjadi pemangkin memperkasa daya saing warga kerja Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta mengiktiraf sumbangan cemerlang mereka.

Penerima Anugerah Pengajaran Transformatif, Dr Asmaul Husna Haris Fadzilah, 35, berkata pengiktirafan itu memberi motivasi untuk terus menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada pelajar.

“Anugerah ini amat bermakna bagi seorang pensyarah dalam bidang keusahawan dan pemasaran digital kerana ini membuktikan bahawa para pensyarah pun boleh menguasai dan mengintegrasikan kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pemasaran digital di dalam kelas.

“Namun, yang paling penting adalah ilmu serta kemahiran yang dapat disalurkan kepada para pelajar, bukan sahaja untuk menarik minat mereka untuk belajar, tetapi boleh memberi nilai tambah, selain memperkasakan kemahiran praktikal sebelum mereka bergraduat,” ujarnya.

Djennifer Franklin, 45, dari Pusat Pengajian Pra Universiti, menerima Anugerah Pelaksana Gemilang dan Anugerah Perkhidmatan Setia atas khidmat cemerlang selama 25 tahun di UNIMAS.

“Saya berasa gembira dan bangga kerana khidmat saya selama 25 tahun di UNIMAS, amat dihargai oleh pihak UNIMAS. Terima kasih UNIMAS,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub, Norazlina Abdul Rahman, 44, turut menerima Anugerah Pengurusan dan Profesional Gemilang.

“Nasihat saya kepada rakan-rakan pengurusan yang lain adalah untuk terus produktif serta aktif dalam apa jua bidang yang kita ceburi, sama ada dalam kerjaya atau apa jua bidang lain yang diceburi kerana kita secara tidak langsung dapat menonjolkan bakat serta keupayaan diri dan juga institusi pengajian yang kita wakili,” jelasnya.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Elexson Nillian, 38, penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan UNIMAS, menyifatkan anugerah itu sebagai pembakar semangat untuk terus berbakti.

“Anugerah ini saya dedikasikan kepada pembangunan pendidikan di UNIMAS. Anugerah Akademik Harapan ini juga boleh dijadikan penanda aras kepada rakan-rakan akademik yang lain, malah bukan sahaja kepada rakan sekerja malah dijadikan wadah untuk pemerkasaan komuniti.

“Terima kasih UNIMAS di atas anugerah ini di atas pengiktirafan dalam memperkasakan pendidikan inovasi serta para pelajar. Kita berharap agar anugerah ini juga akan menyumbang lebih banyak lagi kecemerlangan di dalam UNIMAS,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan