Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa dua isu utama di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diselesaikan dengan segera bagi memastikan hak dan kepentingan negeri terus dipelihara. Foto UKAS

MA63: Dua perkara jadi keutamaan untuk diselesaikan segera – Hasidah

ByShafik Ahmad

KUCHING, 21 Mei: Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa dua isu utama di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diselesaikan dengan segera bagi memastikan hak dan kepentingan negeri terus dipelihara.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, isu yang menjadi keutamaan ketika ini melibatkan formula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan cadangan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

“Semua perkara yang belum selesai amat penting, tetapi ketika ini tumpuan utama adalah beberapa perkara penting di bawah MA63, keperluan untuk mempercepatkan perbincangan mengenai formula Pemberian Khas sebagai sebahagian daripada semakan kewangan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Kedua ialah cadangan untuk menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Negeri Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat, bagi lebih mencerminkan semangat dan hasrat asal MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lidam Assan (GPS-Katibas) berhubung perkara yang belum diselesaikan di bawah rundingan MA63.

Sharifah Hasidah berkata, Kerajaan Sarawak secara konsisten membangkitkan isu-isu ini melalui pelbagai saluran rasmi termasuk Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan bagi tujuan tersebut.

Katanya lagi, komitmen Kerajaan Sarawak adalah jelas dalam memastikan setiap hak dan kepentingan negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan