Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 di Kuching pada Rabu. Foto TVS

LPPKN giat kempen kesedaran WCaRe

KUCHING, 21 Mei: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) masih mempergiat pelaksanaan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) dalam usaha meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap kepentingan melakukan saringan awal bagi mengesan kanser payudara dan kanser servik.

Pengerusi LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, usaha berterusan telah dilaksanakan dengan tujuan mempromosikan Program Subsidi Ujian Mamogram dan Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) agar lebih ramai akan tampil untuk menjalani ujian.

“Sepanjang kita melaksanakan program ini dari tahun 2020 sehingga 20 Mei 2025, seramai 43,166 orang wanita telah menjalani ujian HPV DNA.

“Selain itu sebanyak 17,862 ujian mamogram telah dijalankan kepada para wanita yang berkelayakan di bawah Program Ujian Mamogram untuk Negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 di Kuching pada Rabu.

Tambahnya, perjalanan untuk menjadi seorang ibu bukanlah mudah bagi semua wanita di mana ramai yqng terpaksa menempuh kesusahan dan keperitan dalam usaha mendapatkan zuriat, baik dari segi emosi, fizikal mahupun kewangan.

Ujarnya lagi, kerajaan dalam belanjawan 2025 telah memperuntukkan RM6 juta bagi melaksanakan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAl) yang akan memberi manfaat kepada 30, 000 pasangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan