Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas pikap dipandu melanggar penghadang jalan lalu terbabas sebelum masuk ke dalam parit berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ngungun, Jalan Kanowit-Song hari ini. Foto JBPM

Lelaki berdepan detik cemas, pikap langgar penghadang jalan

ByTVS

KANOWIT, 21 Mei: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas pikap dipandu melanggar penghadang jalan lalu terbabas sebelum masuk ke dalam parit berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ngungun, Jalan Kanowit-Song di sini, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu mangsa berusia 59 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Operasi, Norman Matu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.29 petang dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah pikap mengalami kemalangan kendiri ketika dalam perjalanan dari Nanga Ngungun menuju ke Kapit.

“Pemandu kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, selepas memastikan keadaan selamat serta terkawal pihak bomba bertolak balik ke balai.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan