Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Understanding Islam 2025 berjaya menghimpunkan lebih 40 belia Islam dari sembilan negara Asia Tenggara dalam usaha memperkukuh kepimpinan dan kefahaman terhadap Islam. Foto IIC-MIS

Lebih 40 belia Islam Asia Tenggara sertai Program Understanding Islam 2025

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 21 Mei: Seramai lebih 40 belia Islam dari sembilan negara Asia Tenggara menyertai Program Understanding Islam 2025 dalam usaha memperkukuh kefahaman terhadap Islam serta membina rangkaian kepimpinan berteraskan nilai-nilai Islam merentas budaya.

Program selama empat hari yang berlangsung di Pusat Penerangan Islam-Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS) di sini itu, berakhir semalam, dengan penyertaan wakil dari Brunei, Kemboja, Laos, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Setiausaha Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), Datuk Marzuki Omar berkata pembinaan jati diri dalam kalangan belia Islam amat penting bagi membentuk masyarakat yang aman, harmoni dan berdaya saing.

“Belia Islam perlu dididik agar mempunyai kefahaman yang jelas terhadap ajaran Islam sebagai agama yang membawa rahmat dan keamanan. Mereka adalah duta kepada mesej Islam yang sebenar,” katanya ketika menyempurnakan majlis penutupan program itu.

Beliau berkata, program itu juga memberi penekanan kepada sesi penilaian potensi, bimbingan dan pembangunan kepimpinan secara tersusun dalam kalangan generasi muda Islam.

“Kita mahu melahirkan tenaga dakwah muda yang bukan sahaja berwawasan, tetapi juga mampu membawa mesej Islam ke tengah masyarakat serantau dan global secara berkesan,” katanya.

Program berkenaan dianjurkan bersama oleh RISEAP, IIC-MIS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Cawangan Kuching.

Turut menyertai ialah wakil pertubuhan dakwah tempatan seperti PERKIM Kuala Lumpur, ABIM Sabah, MACMA Sabah, USIA Sabah serta HIKMAH dan IIC-MIS Sarawak.

Hadir sama pada majlis penutupan ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IIC-MIS, Tazudin Mohtar dan Pengarah JAKIM Sarawak, Ustaz Hamdan Jar’ee.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan