Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Menandatangani Pernyataan Bersama PETRONAS-PETROS di Putrajaya, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Kerajaan Sarawak ucap terima kasih kepada PM selesai isu PETRONAS-PETROS

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 21 Mei: Kerajaan Sarawak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyelesaikan isu berkaitan industri minyak dan gas melibatkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata persefahaman yang termeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak ini disifatkan demi kepentingan negara.

PM, Premier tandatangani deklarasi persefahaman PETRONAS – PETROS

“Deklarasi bersama hari ini memberi persamaaan dan membawa pendekatan secara bersama, khasnya untuk PETRONAS dan PETROS untuk mengusahakan secara bersama industri minyak dan gas demi kepentingan negara.

“Ia juga juga mengikut peruntukan yang ada mengenai undang-undang Sarawak dan Persekutuan,” katanya pada sidang media sempena Majlis Menandatangani Pernyataan Bersama di sini, hari ini.

PM, Premier tandatangani deklarasi persefahaman PETRONAS – PETROS

Dalam pada itu, Abang Johari turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan menghormati undang-undang yang sudah termaktub melibat negeri dan negara.

Jelas beliau, ia dibuat demi kepentingan negara dan Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan