Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek pembinaan Jambatan Muara Lassa yang siap sepenuhnya awal tahun ini dilihat menjadi pemangkin perubahan atau ‘game changer’ kepada landskap ekonomi dan sosial di Daro, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad. Foto TVS

Jambatan Muara Lassa pacu sosioekonomi Daro

ByMadeline Dugat

KUCHING, 21 Mei: Projek pembinaan Jambatan Muara Lassa yang siap sepenuhnya awal tahun ini diakui menjadi pemangkin perubahan atau ‘game changer’ kepada landskap sosioekonomi setempat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

“Tidak dinafikan projek ini bukan sahaja semata-mata sebagai kemudahan perhubungan ataupun ‘connectivity’ tetapi berupaya meningkatkan ekonomi penduduk setempat khususnya para peniaga dan para usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan Usul Penghargaan Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19.

Menurut Safiee, jambatan sepanjang 2.43 kilometer (km) itu bukan sahaja memperkukuhkan jaringan perhubungan, malah turut merangsang kegiatan ekonomi di kawasan sekitarnya.

Projek bernilai hampir RM600 juta itu merupakan jambatan pertama yang siap daripada 16 jambatan di bawah inisiatif jalan pesisir dengan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan