Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Canselor i-CATS, Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi pada majlis menandatangani MoU bersama Dviation Group Sdn Bhd di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini. Foto TVS

i-CATS meterai tiga MoU strategik aeroangkasa di LIMA 2025

ByLuqman Muhammad

LANGKAWI, 21 Mei: Kolej Universiti i-CATS terus memperkukuh peranannya dalam bidang aeroangkasa apabila menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) bersama pemain industri utama sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Naib Canselor i-CATS, Profesor Emeritus Datuk Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi berkata, pemeteraian MoU itu sejajar dengan mandat Kerajaan Sarawak yang serius membangunkan sektor aeroangkasa negeri secara strategik dan mampan.

Katanya, kerjasama erat dengan industri amat penting bagi memastikan program akademik dan latihan yang ditawarkan benar-benar relevan dan memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan.

“Kita amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pihak industri, khususnya dalam usaha i-CATS membangunkan program akademik, latihan serta penyelidikan dalam bidang aeroangkasa,” katanya ketika ditemui TVS selepas majlis menandatangani MoU bersama Dviation Group Sdn Bhd di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Dviation Group merupakan syarikat penyedia program berkaitan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) yang berpengalaman luas di peringkat antarabangsa.

Selain itu, dua lagi MoU turut dimeterai i-CATS pada hari sebelumnya bersama Weststar Aviation Services dan National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia).

Kedua-dua kerjasama itu meliputi aspek latihan teknikal, pembangunan kurikulum dan inisiatif penyelidikan akademik bersama.

Tambah Dr. Kadim, sektor aeroangkasa memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi dan sentiasa berkembang, justeru penglibatan langsung pihak industri adalah keperluan utama dalam memastikan kejayaan jangka panjang program yang dirancang.

“Kita tidak boleh bergerak bersendirian. Kita mesti melakukannya bersama-sama industri yang berpengalaman dan memahami keperluan sebenar dalam bidang aeroangkasa,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan