Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri. Foto fail TVS

DUN Sarawak: Kerajaan disaran pertimbangkan kenaikan elaun KMKK

ByMadeline Dugat

KUCHING, 21 Mei: Kerajaan Sarawak disaran mempertimbangkan kenaikan elaun Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) termasuk Setiausaha JKKK dan Ahli Majlis Daerah pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata elaun yang diterima ketika ini sudah terlalu lama tidak disemak dan dilihat tidak setimpal dengan beban tugas yang digalas oleh pemimpin akar umbi.

“Saya percaya, sudah tiba masanya kerajaan memuktamadkan dan menoktahkan kenaikan elaun tersebut.

“Bukan sahaja lama tidak disemak, tetapi elaun yang diterima kini sangat tidak setimpal. Oleh demikian, mengulangi gesaan sama, saya mohon kenaikan elaun KMKK termasuk setiausaha JKK dan Ahli Majlis Daerah agar dapat dilaksanakan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan kenaikan elaun ini merupakan langkah strategik yang mampu memperkukuh kepimpinan di peringkat akar umbi, di samping meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“Masing-masing memainkan peranan cukup besar dalam menguruskan kampung,” katanya.

Justeru, beliau berharap kerajaan dapat menyemak semula struktur elaun sedia ada dan melaksanakan pelarasan sewajarnya selewat-lewatnya tahun ini sebagai tanda komitmen terhadap pembangunan akar umbi yang mampan, inklusif dan berdaya saing.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan