Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Chieng Jin Ek. Foto fail TVS

DUN Sarawak: Cadang penubuhan Lembaga Walit Sarawak bagi modenkan perlesenan

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 21 Mei: Cadangan penubuhan Lembaga Walit Sarawak dikemukakan sebagai langkah strategik bagi memperkasa industri sarang burung walit di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek berkata penubuhan badan terbabit akan berdedikasi dalam penyeliaan menyeluruh terhadap aspek pendaftaran, penguatkuasaan, pembangunan dan kutipan hasil secara lebih teratur dan berkesan.

Menurutnya penternak Walit sebelum ini pernah meluahkan kekecewaan terhadap kelewatan dan kesulitan dalam proses pelesenan semasa pertemuan pihaknya bersama jawatankuasa protem Persatuan Walit Kenyalang Sibu.

“Sebanyak 268 permohonan lesen telah dikemukakan oleh penternak walit pada tahun 2023 dan 2024, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas atau kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 hari ini.

Kegusaran penternak Walit katannya dikaitkan dengan kekangan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 yang disifatkan sebagai sudah tidak relevan dengan keperluan semasa.

“Undang-undang tersebut mengikat agensi seperti Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan dilihat menjadi penghalang utama kepada kemajuan sektor penternakan burung walit di Sarawak,” ujarnya.

Justeru itu, penubuhan Lembaga Walit Sarawak katanya akan memodenkan proses pelesenan serta diselaraskan dengan Piawaian Malaysia mengenai Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP) yang akan membantu penternak memperoleh pensijilan eksport yang diiktiraf.

“Marilah kita bekerjasama untuk mencipta rangka kerja kawal selia yang memperkasakan penternak burung Walit, mengukuhkan jaminan kualiti dan meletakkan Sarawak sebagai peneraju global dalam pengeluaran sarang burung walit,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan