Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian TIng pada persidangan hari ketiga mesyuarat pertama bagi penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di DUN hari ini.

DTTG diperkenal bagi selaras keselamatan acara Regatta

ByMadeline Dugat

KUCHING, 21 Mei: Kumpulan Tugas Pelancongan Bahagian (DTTG) ditubuhkan bagi menyelaras projek dan program berkaitan pelancongan di peringkat Bahagian, termasuk acara Regatta, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting.

Menurutnya penubuhan DTTG merupakan langkah penting dalam memastikan penyelarasan penganjuran Regatta yang lebih sistematik, serta memastikan keselamatan peserta dan orang awam menjadi keutamaan.

“DTTG juga menggalakkan penyertaan komuniti melalui pelbagai aktiviti sampingan seperti pesta makanan, jualan kraf tangan dan produk tempatan, pakej homestay serta tawaran lawatan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, pada persidangan hari ketiga mesyuarat pertama bagi penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di DUN hari ini.

Sebastian memberitahu, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyokong penganjuran Regatta, sokongan kewangan juga disediakan melalui geran acara pelancongan yang boleh dipohon oleh penganjur regatta.

“Semua pemohon mesti mematuhi garis panduan kerajaan, termasuk mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS),” jelasnya.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak juga telah menetapkan beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil oleh penganjuran Regatta.

“Ini termasuk menilai keadaan fizikal sungai serta kesesuaian untuk perlumbaan, dan pembentukan pasukan keselamatan yang melibatkan agensi-agensi penting seperti LSS, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” ujarnya.

Sebastian juga mengingatkan agar semua para peserta Regatta diwajibkan untuk memakai jaket keselamatan dan mematuhi protokol keselamatan yang telah ditetapkan.

Katanya, Kerajaan Sarawak turut menggalakkan cadangan untuk memperbaiki penyelarasan penganjuran Regatta, terutamanya berkaitan dengan kekerapan Regatta berskala kecil.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan