Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Adam Yii pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Hari Bandaraya Miri, malam tadi. Foto TVS

Bandar raya Miri terus melangkah maju ke arah masa depan pintar dan lestari

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 21 Mei: Miri menyambut ulang tahun ke-20 perisytiharannya sebagai bandar raya sekali gus meneguhkan komitmennya untuk terus maju sebagai sebuah bandar hijau, pintar dan paling selesa diduduki.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata tarikh 20 Mei 2005 adalah detik bersejarah apabila Miri diiktiraf sebagai bandar raya ke-10 di Malaysia dan bandar pertama yang bukan ibu negeri menerima status tersebut.

“Miri menjadi bandar raya selepas 10 tahun persediaan rapi untuk memenuhi semua syarat perisytiharan,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Hari Bandaraya Miri di sini, malam tadi.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada dua tokoh utama bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan bekas Datuk Bandar Miri Dato Wee Han Wen yang komited mengangkat status Miri sebagai bandar raya.

Dalam pada itu, dengan populasi mencecah hampir 400,000 orang, bandar raya itu terus berkembang pesat sebagai sebuah bandar pintar dan mesra alam.

“Kita telah melaksanakan inisiatif hijau seperti lampu jalan solar, kempen bebas plastik dan hari tanpa kenderaan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Miri juga menjadi perintis projek Bandar Pintar Sarawak sejak 2019 termasuk penggunaan aplikasi parkir mudah alih, sistem tanpa kertas dalam mesyuarat dan pembinaan Pusat Kawalan Bandar Pintar Miri (MSCCC).

Sebagai bandar yang inklusif, Miri menandatangani inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF pada 2022 dan Bandar Mesra Warga Emas (AFCC) bersama Universiti Curtin Malaysia pada 2023.

“Kami juga prihatin terhadap keperluan warga orang kurang upaya (OKU) dengan menyediakan infrastruktur yang mesra dan inklusif,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyentuh beberapa projek utama yang sedang dilaksanakan termasuk Loji Janakuasa 500MW di Lutong, Kenyalang Smart City (KSC), pembangunan Beraya Resort dan penubuhan Institut Perubatan Integratif Fudan (FDIIM).

“Institusi perubatan bertaraf dunia ini akan meletakkan Miri di peta pelancongan perubatan serantau,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan