KUCHING, 21 Mei: Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Hilmy Othman semalam.
DBKU dalam kenyataannya berkata, kunjungan hormat ini bertujuan bagi memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara DBKU dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan warga Kuching terus terpelihara.
“Selain itu, ia juga membuka ruang perbincangan ke arah memperkukuhkan kolaborasi dalam aspek keselamatan bandar, kawalan trafik serta inisiatif pembangunan komuniti setempat,” kata kenyataan itu.
Diharap agar kerjasama yang terjalin akan terus diperkasa demi menjadikan Kuching sebuah bandaraya yang selamat, maju dan harmoni.-TVS