Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching telah menjalankan operasi iaitu Ops Sapu dan Ops Belanja mulai semalam hingga hari ini. Foto JIM Sarawak

64 PATI ditahan dalam Ops Sapu dan Ops Belanja

KUCHING, 21 Mei: Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching telah menjalankan operasi iaitu Ops Sapu dan Ops Belanja mulai semalam hingga hari ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam kenyataan berkata, operasi ini melibatkan 30 anggota penguatkuasa di lapan lokasi berbeza di sekitar bandar ini.

“Seramai 64 individu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditangkap dalam operasi tersebut, terdiri daripada 55 lelaki dan sembilan wanita.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan Imigresen seperti tidak memiliki dokumen yang sah atau telah tamat tempoh, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan,” kata kenyataan itu.

Pihak Imigresen menasihatkan orang ramai agar tidak menggaji atau melindungi warga asing yang tidak mempunyai pas atau dokumen yang sah.

Perbuatan ini adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan tegas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan