Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa. Foto hiasan Envato

Tiga pelajar cedera ditikam di sekolah Finland

ByBernama

HELSINKI, 20 Mei: Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut polis, seorang pelajar ditahan namun tiada mangsa mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Serangan itu berlaku di Sekolah Vahajarvi di Pirkkala, yang terletak di barat daya bandar Tampere. Sekolah itu mempunyai kira-kira 1,250 murid dari peringkat prasekolah hingga gred sembilan.

Media tempatan melaporkan yang suspek dipercayai berusia 16 tahun menghantar satu manifesto kepada beberapa organisasi media sebelum serangan, mendakwa dia berniat untuk menyasarkan pelajar perempuan.

Polis bagaimanapun belum mengesahkan kewujudan manifesto itu secara rasmi, namun menyatakan yang mereka menyedari bahan yang diterbitkan dan sedang menelitinya sebagai sebahagian daripada siasatan.

Pihak berkuasa merancang untuk memberikan maklumat lanjut dalam sidang media lewat Selasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan