Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aidel Lariwoo pada Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Strategik JKR Sarawak Bersama Perunding di Kuching, hari ini.

Sarawak sedia kaji semula dasar sokong industri perundingan

ByRegina Lee

KUCHING, 20 Mei: Kerajaan Sarawak bersedia meneliti semula dasar utama berkaitan industri perundingan, termasuk Skala Yuran Piawai (Scale of Fees) dan Insurans Tanggungan Profesional (PII), bagi menyokong pembangunan sektor itu secara mampan dan progresif.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata penilaian semula itu penting bagi memastikan industri berkenaan terus berkembang sejajar dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan.

Katanya, walaupun kerajaan komited menyokong pertumbuhan sektor berkenaan, industri perundingan tempatan turut digesa meningkatkan keupayaan dan daya saing bagi menjamin kelestariannya.

“Kerajaan bersedia meneliti semula dasar seperti Skala Yuran Piawai dan keperluan Insurans Tanggungan Profesional, namun ia perlu diseimbangkan dengan budaya profesionalisme dan inovasi yang tinggi.

“Kita mahu industri ini bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga bertanggungjawab dan bersedia menghadapi cabaran akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo pada Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Strategik Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Bersama Perunding di sini, hari ini.

Uggah turut menekankan kepentingan menerapkan prinsip kejuruteraan hijau, kecekapan sumber serta ketahanan iklim dalam setiap pelaksanaan projek pembangunan negeri.

“Apabila kita bercakap mengenai kelestarian, ia bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan. Kita tidak boleh lagi membina seperti dahulu.

“Kejadian banjir di Bintulu, Sibu dan Kuching serta gempa bumi di Myanmar dan Thailand menjadi peringatan bahawa pembangunan masa depan mesti lebih lestari dan tahan terhadap perubaban iklim,” tegasnya.

Beliau turut menyuarakan harapan agar industri perunding tempatan mampu memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan negeri, selain bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa menerusi dasar yang lebih menyokong pertumbuhan jangka panjang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan