Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Malcom Mussen Lamoh.

Sarawak kekal berdaya saing meski berdepan tarif timbal balik AS

ByAdlina Rahman

KUCHING, 20 Mei: Pengenalan tarif balas (reciprocal tariff) oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia dijangka memberi impak yang terhad kepada Sarawak, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Beliau berkata meskipun terdapat kebimbangan terhadap kesan dasar perdagangan global, hubungan perdagangan Sarawak dengan negara-negara Asia seperti China, India, Jepun dan Korea Selatan kekal kukuh dan dijangka tidak terjejas secara signifikan.

“Negara-negara ini terus menjadi pasaran eksport utama negeri dan hubungan dagang dengan mereka diperkukuh melalui pelbagai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

“Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, turut melaksanakan pendekatan diplomatik bagi memperkukuh kedudukan rantau ini dalam rundingan bersama Amerika Syarikat. Usaha ini bertujuan menangani implikasi lebih luas daripada tarif tersebut ke atas aliran perdagangan dan pelaburan serantau,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Engkilili, Johnical Rayong Ngipa, pada hari kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Malcom menjelaskan bahawa eksport utama Sarawak seperti gas asli cecair (LNG), minyak sawit dan petroleum tidak banyak terkesan oleh tarif tersebut memandangkan Amerika Syarikat bukan merupakan destinasi eksport utama bagi komoditi berkenaan.

“LNG kebanyakannya dieksport ke Jepun dan China, minyak sawit ke China dan India, manakala petroleum pula tertumpu ke Semenanjung Malaysia, Australia dan Thailand. Justeru itu, aliran perdagangan Sarawak kekal berdaya tahan dan stabil,” ujarnya.

Untuk rekod, jumlah eksport Sarawak ke Amerika Syarikat pada tahun 2023 berjumlah RM1.2 bilion, yang mewakili hanya 0.9 peratus daripada keseluruhan eksport negeri.

Eksport keseluruhan Sarawak pula bernilai RM102.6 bilion pada tahun yang sama, merangkumi komoditi utama seperti LNG, petroleum, minyak sawit dan aluminium, yang menyumbang 78.4 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport.

Bagi pasaran Asia, ia kekal sebagai destinasi eksport terbesar Sarawak, menyumbang 73.4 peratus daripada keseluruhan pasaran eksport negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan