Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Foto UKAS

RUU SBC (Pindaan) 2025 perkukuh tadbir urus, komersial dan hak

ByShafik Ahmad

KUCHING, 20 Mei: Rang Undang-Undang Sarawak Biodiversity Centre (Pindaan) 2025 yang dibentangkan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, menggariskan enam perkara utama.

Menurutnya ia bagi memperkukuh tadbir urus biodiversiti, mempertahan hak negeri dan membuka potensi komersialisasi sumber biologi Sarawak secara mampan.

RUU ini dilihat sebagai langkah penting dalam memanfaatkan kekayaan biodiversiti Sarawak untuk tujuan penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam sektor bioindustri termasuk farmaseutikal, nutraseutikal dan kosmeseutikal.

Enam ciri utama pindaan yang digariskan termasuk definisi baharu dan perkara yang dikemas kini.

“RUU ini memperkenalkan definisi baharu bagi ‘mikroorganisma’ yang kini merangkumi virus, viroid dan organisma steril. Ia turut menyelaras definisi ‘Menteri’ dan ‘native’ selaras dengan Ordinan Tafsiran 2005,” katanya.

Antara lain, tujuan SBC diperluaskan dengan penambahan peranan baharu membolehkan pusat itu menyediakan kemudahan untuk tujuan komersial selaras dengan kuasa Majlis Biodiversiti, membuka jalan kepada usaha pemindahan teknologi dan hasil R&D.

Sagah turut menyatakan tentang Peningkatan Kuasa Majlis Biodiversiti menerusi pindaan pada Seksyen 6 yang membolehkan Majlis memohon dana luar, memiliki dan memperdagangkan hak harta intelek, serta penubuhan syarikat untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan.

“Penubuhan Dana Biodiversiti untuk Projek Perkongsian Faedah (ABS) iaitu Dana Pusat Biodiversiti kini merangkumi manfaat kewangan hasil daripada perjanjian perkongsian faedah, sejajar dengan protokol antarabangsa mengenai akses kepada sumber genetik dan perkongsian faedah.

“Penalti bagi pengambilan atau pemindahan sumber terlindung tanpa permit kini dinaikkan sehingga RM500,000 atau 10 tahun penjara bagi individu, dan sehingga RM5 juta bagi syarikat,” katanya.

Perkara lain ialah Peruntukan Penalti Kewangan Baharu, menerusi Seksyen 33A yang memperkenalkan penalti kewangan sehingga RM20 juta bagi pelanggaran undang-undang, dengan denda bagi kesalahan berulang boleh meningkat sepuluh kali ganda.

Sagah menegaskan, ia selari dengan undang-undang kebangsaan dan protokol antarabangsa, menjadikan Sarawak sebagai peneraju dalam tadbir urus biodiversiti di Malaysia.

“RUU ini memastikan kemajuan saintifik diterjemah kepada manfaat ekonomi yang mampan melalui usaha komersialisasi sumber biologi negeri,” jelasnya lagi.

Menurutnya RUU ini bukan sahaja mengukuhkan peranan SBC dalam penyelidikan dan pembangunan, malah membuka potensi kerjasama antarabangsa dan pelaburan strategik dalam sektor bioekonomi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan