Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusia dan Ukraine dijangka memulakan rundingan bagi mencapai gencatan senjata dan menamatkan konflik dalam masa terdekat, menurut Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump selepas mengadakan panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin, lapor Agensi Berita Rusia, TASS. Foto fail AFP

Rusia, Ukraine akan mulakan rundingan gencatan senjata, kata Trump

ByBernama

WASHINGTON, 20 Mei: Rusia dan Ukraine dijangka memulakan rundingan bagi mencapai gencatan senjata dan menamatkan konflik dalam masa terdekat, menurut Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump selepas mengadakan panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin, lapor Agensi Berita Rusia, TASS.

“Mengakhiri panggilan telefon selama dua jam bersama Presiden Vladimir Putin. Saya percaya ia berlangsung dengan baik.

“Rusia dan Ukraine akan segera memulakan rundingan ke arah gencatan senjata dan yang lebih penting, penamatan perang.

“Segala syarat akan dirundingkan antara kedua-dua pihak, sebagaimana sepatutnya, kerana hanya mereka yang mengetahui perincian rundingan yang tidak diketahui orang lain.

“Nada dan semangat perbualan itu sangat positif,” kata Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

Putin sebelum itu memberitahu pemberita bahawa panggilan telefon beliau dengan Trump berlangsung lebih dua jam dan disifatkan sebagai perbincangan yang terus terang dan berisi.

Ini merupakan interaksi ketiga antara kedua-dua pemimpin sejak awal tahun ini. Panggilan terdahulu pada 18 Mac memfokuskan hubungan dua hala serta penyelesaian isu Ukraine.

Dalam panggilan pada 12 Feb, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu berkaitan Ukraine dan hubungan dua hala, selain bersetuju untuk meneruskan komunikasi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan