Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lokasi kemalangan maut yang membabitkan seorang remaja di Petra Jaya pada Ahad. Foto IPD Kuching

Remaja maut selepas motosikal terbabas di Petra Jaya

KUCHING, 20 Mei: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Bulatan Samariang menghala ke Bulatan Sesco sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan di Jalan Tun Haji Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat kemalangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.

“Pihak polis menyeru semua pengguna jalan raya supaya lebih berhemah dan berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan