Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pikap terbakar berhadapan 101 Jalan Tun Jugah, Kuching By Pass, Kuching, awal pagi tadi. Foto JBPM

Pikap terbakar di Jalan Tun Jugah

KUCHING, 20 Mei: Sebuah pikap terbakar berhadapan 101 Jalan Tun Jugah, Kuching By Pass di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Abdul Aziz Swandi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.35 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah pikap, pendaftaran tidak diketahui dan tidak melibatkan mangsa.

“Pihak bomba membuat pemadaman dengan mengunakan satu aliran bantu mula pam jentera bomba, sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dałam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah keadaan didapati selamat, pasukan bomba berangkat balik ke balai, maklumat pemilik kenderan tidak diperolehi disebabkan tiada di lokasi.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan