Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Operasi Lapangan Terbang Orly kembali normal selepas gangguan teknikal

ByBernama

PARIS, 20 Mei: Operasi di Lapangan Terbang Orly, Paris kembali seperti sediakala pada petang Isnin selepas mengalami gangguan teknikal berpanjangan yang menjejaskan jadual penerbangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Kementerian Pengangkutan Perancis dan pihak berkuasa penerbangan awam DGAC, operasi telah disambung semula dan keseluruhan jadual penerbangan dijangka kembali seperti biasa menjelang Selasa.

Gangguan bermula pada petang Ahad ekoran kerosakan teknikal pada sistem kawalan memaksa pihak berkuasa mengehadkan pergerakan trafik udara, sekali gus mengurangkan jumlah penerbangan secara ketara.

Susulan itu, sebanyak 40 peratus penerbangan dibatalkan pada Ahad dan 15 peratus lagi pada Isnin, selain kelewatan yang turut dihadapi oleh penumpang. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan