Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas dan cucunya rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kejadian kebakaran di Kampung Pulau Penampang awal pagi tadi. Foto TVS

Nenek, cucu rentung dalam kebakaran di Kampung Pulau Penampang

ByTVS

KOTA KINABALU, 20 Mei: Seorang wanita warga emas dan cucunya rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kejadian kebakaran di Kampung Pulau Penampang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa Ruslia @ Gisis Guntamas, 80, ditemui berhampiran cucu perempuannya Joeynita Abdul Alip, 14 tahun.

Difahamkan, rumah berkenaan dihuni oleh enam sekeluarga namun hanya empat daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Muhammad Taqiuddin Victor Doon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.22 pagi.

Katanya, sepasukan 27 anggota dan pegawai termasuk pasukan bantuan dari BBP Lintas bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal di Lorong Gusin 3, yang terbakar hampir 90 peratus.

“Pasukan bomba terus melaksanakan operasi pemadaman dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.55 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, makluman dari penghuni rumah, dua orang mangsa iaitu seorang wanita warga emas dan seorang remaja perempuan telah terperangkap di dalam rumah tersebut.

Katanya, sebaik api dipadamkan, mangsa pertama berjaya ditemui pada jam 7.13 pagi sebelum cucunya dikeluarkan 20 minit selepas itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda ketika ditemui di lokasi berkata, mayat kedua-dua mangsa akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk membantu siasatan lanjut.

Katanya, pihaknya masih menunggu laporan lanjut daripada Pasukan Forensik Bomba untuk mengetahui punca sebenar kejadian.- TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found