Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain beregu lelaki negara Aaron Tai tampil bertenaga bersama pasangannya Kang Khai Xing. Foto BAM (FB)

Masters Malaysia 2025: Aaron-Khai Xing ‘lawan’ demam, mara undian utama

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Masalah kesihatan kerana demam tidak menghalang pemain beregu lelaki negara Aaron Tai tampil bertenaga bersama pasangannya Kang Khai Xing untuk melangkah ke undian utama Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Aaron, 18, berkata sorakan padu penyokong tempatan menjadi pembakar semangat untuk mereka mencatat kemenangan straight set ke atas rakan senegara Bryan Jeremy Goonting-Muhammad Fazriq Mohamad Razif, 21-17, 21-17 dalam masa 34 minit pada pusingan kelayakan.

“Saya mula rasa tak sihat sejak semalam, tapi langsung tidak terfikir untuk menarik diri. Memang badan rasa lemah masa masuk gelanggang, tapi bila dengar sorakan penonton semangat saya terus membara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Khai Xing berkata mereka akan mendapatkan pandangan barisan kejurulatihan sebelum turun menentang beregu Denmark William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer yang muncul naib juara Terbuka Thailand 2025 minggu lepas.

Terdahulu, pasangan Denmark itu menyingkirkan satu lagi beregu negara Chia Weijie-Lwi Sheng Hao dengan kemenangan 21-9, 21-16.

“Prestasi kami masih belum konsisten, jadi kami dalam fasa mencari rentak terbaik. Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai serta-merta, tapi kami terus berusaha,” kata Khai Xing.

Dalam pada itu, beregu campuran negara Ming Yap Too-Lee Yu Shan turut melakar kejayaan apabila menewaskan pasangan India Mohit Jaglan-Lakshita Janglan 21-15, 21-16 untuk menempah slot ke undian utama, sekali gus mengatur pertemuan dengan pasangan Thailand Ratchapol Makkasasithorn-Nattamon Laisuan pada pusingan pertama.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi wakil perseorangan lelaki negara yang gagal melepasi pusingan kelayakan diketuai Kok Jing Hong yang tewas kepada pemain China Hu Zhe An, 20-22, 11-21, diikuti Aidil Sholeh tersungkur kepada pemain Taiwan Huang Yu Kai, 21-8, 17-21, 18-21.

Tan Jia Jie turut kecundang selepas tewas 17-21, 8-21 kepada wakil Vietnam Nguyen Hai Dang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan