Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merasmikan U.n.i Klinik Metrocity di Kuching, hari ini. Foto TVS

MARA perluas kemudahan kesihatan U.n.i Klinik ke Sarawak

KUCHING, 20 Mei: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Bahagian Infrastruktur Komersial terus komited memperluaskan kemudahan kesihatan U.n.i Klinik ke Sarawak, sejajar usaha memperkukuh akses perkhidmatan kesihatan rakyat.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sehingga kini tiga cawangan U.n.i Klinik telah diwujudkan di negeri ini menerusi Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) sejak 2018, masing-masing di Miri, Bintulu dan terbaru di Kuching.

“Setakat April 2025, sebanyak 98 U.n.i Klinik telah diwujudkan di seluruh negara, mencatat jualan keseluruhan RM220 juta dan mewujudkan 493 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“U.n.i Klinik Sarawak kini hanya tiga berbanding hampir 30 cawangan di Sabah. Maka, wajar untuk kita perluaskan lagi rangkaian ini di Bumi Kenyalang,” katanya ketika merasmikan U.n.i Klinik Metrocity di sini, hari ini.

Tambahnya, keseluruhan rangkaian U.n.i kini merangkumi 140 cawangan, melibatkan 98 U.n.i Klinik, 23 U.n.i Dental dan 16 U.n.i Pharmacy.

“Sudah tiba masanya untuk MARA merangka satu jaringan lebih holistik dan bermakna dalam bidang kesihatan, dan seterusnya memikirkan potensi penubuhan hospital MARA,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar satu seminar dianjurkan dengan penyertaan semua pengusaha U.n.i bagi mengenal pasti kaedah meningkatkan produktiviti dan daya saing perniagaan mereka.

Setakat ini, MARA telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM25 juta bagi membangunkan kesemua outlet U.n.i Klinik di seluruh negara, termasuk latihan keusahawanan dan penggunaan jenama bersepadu.

Pada majlis sama, beberapa bantuan turut disampaikan termasuk Geran MARA Digitalbiz dan MARA Best Packaging and Labelling masing-masing bernilai RM10,000 serta MARA Best Pensijilan Halal berjumlah RM12,800.

Sebuah syarikat tempatan turut menerima Surat Tawaran Pinjaman Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM), manakala lima kontraktor dari Bau, Lundu dan Serian menerima surat tawaran di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan