Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) terus memperkukuh kedudukannya dalam industri penerbangan negara menerusi lima perjanjian kerjasama strategik bersama syarikat peneraju industri sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25). Foto Amiruddin Shah (TVS)

LIMA’25: UniKL MIAT jalin kerjasama strategik dengan lima pemain industri aeroangkasa

ByLuqman Muhammad

LANGKAWI, 20 Mei: Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) terus memperkukuh kedudukannya dalam industri penerbangan negara menerusi lima perjanjian kerjasama strategik bersama syarikat peneraju industri sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jalinan erat antara institusi pendidikan dan industri amat penting dalam memperkasa pendidikan teknikal negara, seiring dengan hala tuju TVET nasional.

“Ini sesuatu yang amat ditekankan di MRSM dan juga UniKL. Saya ucapkan terima kasih kepada Guardian Aviation serta rakan-rakan industri lain yang memberi kepercayaan kepada UniKL melalui MIAT untuk melatih pelajar-pelajar kita,” katanya selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian yang berlangsung di Pavilion Gading Group, Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Antara syarikat yang terlibat termasuk Galaxy Aerospace yang akan menawarkan latihan asas penyelenggaraan serta latihan jenis pesawat bagi helikopter dan pesawat ringan.

Latihan dijalankan di bawah kelulusan UniKL MIAT sebagai organisasi latihan yang diiktiraf.

Aerostar Technologies pula akan menubuhkan pusat kecemerlangan untuk mempertingkatkan kemahiran teknikal dalam penyelenggaraan komponen avionik melalui program latihan khusus.

Global Turbine Asia menyasarkan peningkatan keupayaan teknikal pelajar dan pensyarah dalam bidang reka bentuk, pengubahsuaian dan kelayakan udara menerusi pembangunan kelulusan organisasi reka bentuk (Design Organization Approval).

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi tumpuan kepada latihan teknikal dan pengurusan penerbangan melalui pelbagai bengkel, seminar serta program latihan berterusan yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

Sementara Pen Aviation pula akan mengintegrasikan kepakaran penyelidikan UniKL MIAT dengan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam usaha mempercepat pembangunan inovasi UAV tempatan.

Beliau menambah, kesemua kerjasama ini diyakini mampu memberikan nilai tambah besar kepada pelajar UniKL MIAT, bukan sahaja dari segi kandungan kurikulum dan latihan praktikal, tetapi juga pendedahan secara langsung kepada keperluan sebenar industri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan