Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai melancarkan portal khas Festival Maal Hijrah 1447H/2025M di Kuching, hari ini. Foto Teo Chi Wei (TVS)

LAKMNS perkenal portal khas Festival Maal Hijrah 1447H/2025M

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Mei: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) melancarkan portal khas Festival Maal Hijrah 1447H/2025M yang dibangunkan sendiri oleh Bahagian Pengurusan Projek dan Teknologi LAKMNS.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, portal tersebut kini tampil dengan wajah baharu yang lebih interaktif.

“Saya ingin berkongsi berkenaan portal khas Festival Maal Hijrah yang telah dibangunkan sendiri oleh pihak Bahagian Pengurusan Projek dan Teknologi LAKMNS.

“Bagi tahun ini, kami ingin memperkenalkan wajah baharu portal yang telah dibangunkan sejak 2022 lagi,” katanya pada sidang media Festival Maal Hijrah 1447H/2025M di Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Wahap berkata, portal tersebut akan menjadi saluran rasmi untuk maklumat program, aktiviti serta pendaftaran sepanjang festival yang berlangsung selama 10 hari bermula 20 hingga 29 Jun 2025.

Dalam pada itu, beliau menegaskan penganjuran festival berkenaan bukan sahaja berfokuskan kepada pelaksanaan ibadah, tetapi juga melangkaui aspek pendidikan, sosial, ekonomi dan kesihatan bagi memastikan kesejahteraan ummah.

Tambah Abdul Wahap, pihaknya turut mengajak orang ramai untuk mengunjungi portal khas tersebut dan bersama-sama memeriahkan Festival Maal Hijrah kali ini yang dijangka lebih meriah dan memberi manfaat kepada masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan