Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nga Kor Ming pada Majlis Pra-Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025 di Putrajaya. Foto Afiq Johari (TVS)

KPKT buat laporan MCMC, pengguna TikTok sebar kenyataan palsu

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 20 Mei: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menafikan dakwaan penglibatan dan salah guna kuasa dalam pemilihan kontraktor bagi projek MyKiosk.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, KPKT akan membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung kenyataan palsu itu yang dimuat naik oleh seorang individu di platform TikTok.

Jelas beliau, kementeriannya hanya menyediakan peruntukan bagi projek tersebut, sementara pemilihan kontraktor dan permohonan MyKiosk telah diserahkan kepada 156 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara.

“Semua diserahkan kepada PBT di mana mereka dikehendaki membuat tender terbuka dan biasanya seorang kontraktor peroleh 10 hingga 20 kiosk.

“KPKT bagi harga siling, selepas itu kontraktor akan membida dengan harga yang lebih rendah,” katanya.

Nga berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlsi Pra-Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2025 di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pempengaruh mengenai kos dan tatacara pelaksanaan projek MyKiosk serta kemungkinan wujud salah guna kuasa dalam projek tersebut.

Tambahnya, pihaknya berharap individu berkenaan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, mengenai harga siling bagi MyKiosk versi baharu ditetapkan pada RM25,000, Nga menjelaskan pelbagai penambahbaikan dan kos tambahan lain seperti pengangkutan dan pemasangan telah disesuaikan dengan harga tersebut.

“Saya semak dengan Majlis Perbandaran Taiping dan Majlis Perbandaran Ipoh, ada pembekal bagi harga sampai RM15,000 lebih bermakna siapa hebat, dia dapat. Saya rasa itu cara yang paling telus dan adil,” katanya lagi.

Nga memberitahu, MyKiosk 2.0 itu adalah termasuk sistem solar, kipas, dapur serta pintu hidraulik.

Menurutnya, jumlah pengisian terkini bagi permohonan MyKiosk 2.0 adalah 2,653 unit dalam tempoh empat bulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan