Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Jalan dan Udara) Datuk Dr Jerip Susil ketika menjawab persoalan dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How yang ingin tahu progress terkini projek KUTS Fasa 1 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

DUN Sarawak: Projek KUTS Fasa 1 siap 29.89 peratus, dijangka beroperasi pada 2028

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Mei: Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1 kini mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 29.89 peratus setakat April 2025 berbanding sasaran asal 33.86 peratus.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Jalan dan Udara) Datuk Dr Jerip Susil berkata, operasi KUTS Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat dengan bahagian pertama merangkumi Laluan Biru dari Rembus ke Riveria yang kini dijangka bermula pada suku keempat tahun 2026.

“Tarikh ini adalah lebih lewat daripada sasaran asal disebabkan kelewatan dalam kerja-kerja pembinaan. Operasi penuh bagi keseluruhan Projek KUTS Fasa 1 dijangka akan bermula pada tahun 2028,” katanya.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How yang ingin tahu berkaitan progress terkini projek KUTS Fasa 1 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Dalam sesi soal jawab tambahan, beliau turut memaklumkan bahawa keseluruhan jajaran Jalan Wan Alwi dibina sebagai laluan bertingkat dengan dua stesen bertingkat akan dibina iaitu di hadapan Vivacity Megamall dan berhampiran Sekolah Kuching Lodge.

“Bagi kawasan DUN Batu Lintang pula, satu stesen akan dibina di SM12 – Batu Lintang iaitu di hadapan Pejabat Bahagian JKR Kuching dengan reka bentuk bertingkat.

“Selain itu, satu persimpangan Transit Signal Priority (TSP) turut dirancang di kawasan DUN Batu Lintang iaitu di Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Bampfylde – Jalan Batu Lintang, berhampiran Lembaga Air Kuching (LAK),” katanya lagi.

Projek KUTS Fasa 1 merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan Sarawak untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang moden, mampan dan efisien, sejajar dengan aspirasi pembangunan bandar pintar wilayah ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan