Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara anggota dewan yang hadir. Foto TVS

DUN Sarawak lulus RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025

ByShafik Ahmad

KUCHING, 20 Mei: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara anggota dewan yang hadir.

RUU berkenaan dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Ia kemudiannya dibahaskan oleh 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum diluluskan.

Pindaan ini melibatkan 24 seksyen serta penambahan tiga seksyen baharu yang merangkumi aspek penting pentadbiran tanah, tafsiran undang-undang, mekanisme penguatkuasaan dan integrasi teknologi digital.

Menurut Awang Tengah, pindaan itu bertujuan memperkukuh sistem pengurusan dan pentadbiran tanah Sarawak agar lebih cekap, telus dan responsif.

Katanya ia selaras dengan aspirasi pembangunan negeri seperti Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030.

Antara perubahan signifikan termasuk pengukuhan langkah penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah, penyelarasan proses kerja, serta pengenalan seksyen baharu berkaitan pendaftaran tanah wakaf dan keagamaan di bawah Seksyen 171A.

RUU ini dilihat sebagai langkah penting untuk memodenkan tadbir urus tanah di Sarawak demi manfaat rakyat, pelabur dan pembangunan masa depan negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan