Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Miri diiktiraf sebagai sebuah bandaraya pada 20 Mei 2005. Foto Salasiah Safian (TVS)

Dua dekad pembangunan, transformasi Miri sebagai bandaraya

BySalasiah Safian

MIRI, 20 Mei: Setelah dua dekad Miri diiktiraf sebagai bandaraya, banyak pembangunan transformasi yang dapat dilihat di Miri.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, daripada sebuah bandar minyak yang sederhana kepada sebuah bandar yang berkembang maju, banyak kemajuan yang luar biasa dalam infrastruktur, kemudahan awam, inisiatif alam sekitar, pembangunan ekonomi dan pertumbuhan pelancongan di Miri.

“Miri hari ini tidak sama seperti 20 tahun dahulu, ia lebih berani, lebih hijau, lebih pintar dan lebih dinamik.

“Tetapi semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa dedikasi, semangat dan kerja keras anda semua, Ahli Majlis kami, penjawat awam, pemimpin masyarakat, rakan kongsi sektor swasta dan khususnya rakyat Miri. Terima kasih atas sokongan, komitmen dan kepercayaan anda yang tidak berbelah bahagi terhadap bandar kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Flag Rising Ceremony sempena Ulang Tahun ke-20 Bandaraya Miri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada pengisian sambutan ini, Majlis Bandaraya Miri juga mengambil peluang memberi penghargaan kepada individu yang telah menyumbang selama 20 tahun dan lebih dengan perkhidmatan yang berterusan dan komited dalam kerajaan.

Katanya, pengiktirafan ini melambangkan penghargaan setinggi-tingginya atas kesetiaan, ketabahan, dan kecemerlangan yang menjunjung integriti perkhidmatan awam.

“Semoga Bandaraya Miri terus berkembang dan maju dan semoga kita kekal bersatu dalam misi untuk mencapai visi kita untuk menjadi Bandar Peranginan Antarabangsa yang Hijau, Pintar dan Paling Boleh Didiami. Marilah kita terus berkhidmat kepada rakyat dengan penuh integriti, semangat dan kecemerlangan.

“Sekali lagi, tahniah kepada semua di atas majlis yang membanggakan ini. Semoga bendera yang kita kibarkan hari ini menjadi simbol kebanggaan kita yang kekal dan komitmen berterusan kita untuk membina Miri yang lebih baik untuk generasi akan datang,” ujarnya lagi.

Miri diiktiraf sebagai sebuah bandaraya pada 20 Mei 2005. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan