Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Azalina Othman Said ketika sidang media pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 dan Jasamu Dikenang Tahun 2025 Kluster Undang Undang dan Reformasi Institusi (UURI) di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 Mei: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Azalina yang menyuarakan pandangan peribadinya berkata adalah satu kerugian apabila individu diwajibkan bersara pada usia 60 tahun sedangkan mereka masih bertenaga dan produktif serta berupaya menyumbang kepada tenaga kerja.

“Mungkin kerajaan boleh pertimbang umur 65 tahun (persaraan). Ini pandangan peribadi saya, bukan pandangan Kabinet. Ada pegawai yang kami temui masih muda (jiwanya) dan aktif. Cuma mereka dah capai umur (persaraan wajib) 60 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan program ‘Jasamu Dikenang’ 2025 kementerian itu di sini hari ini.

Azalina berkata beberapa negara, termasuk negara anggota ASEAN yang telah dilawati, beliau berkata ada yang masih berkhidmat hingga usia 70-an, dan hakim dibenarkan kekal dalam jawatan hingga umur 65 atau 70 tahun.

Di Malaysia, persaraan wajib bagi penjawat awam pada masa ini ditetapkan pada usia 60 tahun. Ini juga usia persaraan minimum bagi pekerja sektor swasta di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found