Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para peserta Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandaraya Miri sebelum berlepas di Jeti Marina Miri, hari ini. Foto TVS

36 pemancing sertai Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandaraya Miri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 20 Mei: Peserta Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandaraya Miri ke-13 anjuran Kelab Pemancing Miri (Miri Anglers Club) secara rasmi memulakan pelayaran hari ini.

Presiden Kelab Pemancing Miri, Brian Ang berkata edisi kali ini menyaksikan penyertaan seramai 36 pemancing dari Brunei, Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Sarawak, yang akan bersaing dalam ekspedisi selama lima hari empat malam di perairan Miri.

“Walaupun penyertaan tahun ini lebih kecil dengan hanya empat bot bertanding, tahap sokongan adalah yang paling meluas dalam sejarah penganjuran kejohanan ini.

“Acara ini menerima sokongan kukuh dan koordinasi daripada pelbagai agensi persekutuan dan negeri, termasuk pihak penguatkuasa undang-undang serta pihak berkuasa maritim bagi memastikan kelancaran operasi dan keselamatan di laut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelab tersebut menzahirkan rasa bangga kerana dapat menghidupkan semula acara ikonik ini meskipun dengan penyertaan sederhana selaras dengan usaha untuk terus menonjolkan potensi Miri sebagai hab pelancongan sukan marin.

Semua peserta dijangka kembali ke darat pada pagi 24 Mei ini dan keputusan rasmi akan diumumkan pada jam 10:00 pagi hari yang sama.

Orang awam terutamanya peminat sukan memancing dijemput hadir ke Jeti Marina Miri pada 24 Mei untuk menyaksikan detik kemuncak kejohanan antarabangsa ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan