Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 129 pelajar tahfiz daripada Program Tahfiz Model Ulul Albab kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT). Foto Amiruddin Shah(TVS)

129 pelajar tahfiz sertai pengajian kejuruteraan aeroangkasa di UniKL MIAT

ByLuqman Muhammad

LANGKAWI, 20 Mei: Seramai 129 pelajar tahfiz daripada Program Tahfiz Model Ulul Albab kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan perkembangan itu sebagai satu pencapaian besar dalam agenda negara melahirkan modal insan yang seimbang, menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi, serta berkemahiran tinggi dalam bidang strategik.

“Saya bersyukur kerana pelajar-pelajar huffaz ini diterima dengan baik, bukan sahaja oleh MIAT, tetapi juga oleh pemain-pemain industri. Mereka cepat menyesuaikan diri dengan silibus yang diperkenalkan dan menunjukkan kecekapan tinggi dari segi latihan praktikal,” katanya selepas menyaksikan majlis pemeteraian lima memorandum perjanjian antara UniKL dan syarikat-syarikat industri aeroangkasa sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menekankan peranan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang kini dijadikan sebagai sekolah feeder kepada UniKL dan institusi pengajian tinggi lain dalam melahirkan lebih ramai pelajar Ulul Albab yang mampu menyumbang dalam bidang teknikal dan teknologi tinggi.

“Kita ada 57 MRSM di seluruh negara dan kesemuanya telah melaksanakan pendekatan Ulul Albab. Menariknya, 70 peratus daripada pelajar MRSM kini mengikuti silibus Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), yang menjadi asas penting dalam melahirkan pakar teknologi berakhlak,” tambahnya.

Menurut beliau, usaha terbabit akan terus diperkukuh melalui kerjasama strategik antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), MARA, dan institusi seperti UniKL, bagi memastikan lebih ramai pelajar tahfiz berpotensi diserap ke dalam bidang-bidang kritikal negara, khususnya aeroangkasa, kejuruteraan dan teknologi masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan