KOTA KINABALU, 19 Mei: Seorang wanita berusia 34 tahun yang patah kaki ketika mendaki Bukit Kotak diselamatkan pasukan bomba dalam operasi menyelamat petang semalam.
Komander Operasi, PBK II KUP Adanan Sapawi berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.56 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
“Pasukan memberi rawatan awal sebelum mangsa dibawa turun menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.44 malam selepas mangsa berjaya dibawa turun dengan selamat. -TVS