Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga mangsa termasuk seorang wanita mengandung antara yang terperangkap selepas sebuah pikap dinaiki terjunam ke dalam parit. Foto JBPM

Wanita mengandung antara tiga mangsa pikap masuk parit

KUCHING, 19 Mei: Tiga mangsa termasuk seorang wanita mengandung antara yang terperangkap selepas sebuah pikap dinaiki terjunam ke dalam parit di Jalan Lapangan Terbang, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.49 malam dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian didapati sebuah pikap terbabas dan terbalik di dalam sebuah longkang dipenuhi air.

“Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam kenderaan tersebut terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita mengandung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak bomba memgeluarkan mangsa dengan memecahkan cermin bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Kesemua mangsa yang hanya cedera ringan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dihantar menggunakan ambulans KKM ke hospital untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan