Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paus Leo XIV Foto AFP

Upacara pelantikan Paus Leo XIV berlangsung di Vatican

ByBernama

ROM, 18 Mei: Misa bagi meraikan pelantikan Paus Leo XIV bermula di Vatican pada Ahad, dengan ratusan ribu penganut berkumpul di Dataran St. Peter untuk menyaksikan detik bersejarah itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ia menandakan permulaan rasmi kepimpinan Leo sebagai pemimpin ke-267 Gereja Roman Katolik, selepas dipilih pada 8 Mei lepas. Beliau juga merupakan paus pertama kelahiran Amerika Syarikat.

Paus baharu itu berdoa di makam St. Peter dalam Basilika St. Peter sebelum keluar ke Dataran St. Peter.

Dalam upacara itu, paus akan menerima dua lambang kuasa kepausan: Cincin Mohor Emas  Nelayan  yang terukir imej Hawari Peter sedang memancing, serta “pallium” daripada bulu kambing biri-biri.

Puluhan pemimpin negara, termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance – ahli politik tertinggi terakhir yang bertemu dengan Paus Francis sebelum beliau meninggal dunia pada 21 April – kerabat diraja dan wakil kanan gereja turut berada di Rom bagi menghadiri majlis pelantikan itu.

Paus Leo dijangka menyampaikan satu ucapan peribadi kepada para penganut yang hadir semasa upacara itu. Pada pelantikannya pada 2013, Paus Francis menyeru umat Katolik untuk “Menjadi pelindung anugerah Tuhan!” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan