Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto TVS

Tun Wan Junaidi harap tuntutan Sarawak diselesaikan segera

ByShafik Ahmad

KUCHING, 19 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuarakan harapan agar Kerajaan Persekutuan dapat menyelesaikan semua tuntutan Sarawak dengan segera demi manfaat bersama.

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian terhadap tuntutan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perlembagaan Persekutuan serta Perlembagaan Negeri Sarawak amat penting.

Jelasnya ia adalah sebagai usaha untuk menjamin keadilan dan keseimbangan dalam pembangunan nasional.

“Saya berharap agar semua tuntutan Sarawak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan segera agar ianya memberi manfaat kepada Sarawak dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat DUN Sarawak Ke-19 di sini pada Isnin.

Tun Wan Junaidi turut menyatakan rasa syukur atas hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang disifatkan sebagai akrab dan konstruktif.

Katanya, banyak isu berkaitan hak dan kepentingan Sarawak telah berjaya diselesaikan hasil kerjasama erat kedua-dua pihak.

Mengulas lanjut, beliau menyeru agar Kerajaan Persekutuan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan ekonomi, sosial dan keselamatan di Sarawak.

“Saya juga menyeru agar Kerajaan Persekutuan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pembangunan ekonomi, sosial dan keselamatan Sarawak,” tambah beliau.

Tun Wan Junaidi turut memuji keikhlasan dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi prinsip Malaysia MADANI yang diyakininya mampu menyemarakkan semangat perpaduan “Segulai Sejalai” ke arah pembangunan yang lebih inklusif di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan