Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ACP Mohd Farhan Lee Abdullah menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Miri, hari ini. Foto Wilbert Usang (TVS)

Polis rampas dadah RM137,000, tumpas sindiket edar ekstasi di Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 19 Mei: Polis merampas sejumlah 117,064 gram serbuk disyaki ekstasi dan 400 biji pil disyaki dadah sama dengan anggaran berat 146 gram, dalam dua serbuan berasingan di sebuah rumah di Jalan Taman Delight Utama, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata rampasan berjumlah keseluruhan RM137,064 itu turut membawa kepada penahanan dua lelaki, masing-masing seorang warga asing berusia 44 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun, yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan pada jam 9 malam, 12 Mei lalu, yang membawa kepada penahanan suspek warga asing.

Keesokannya, pada jam 11 pagi, suspek kedua ditahan di lokasi sama oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 177,464 penagih,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Turut disita dalam operasi itu ialah sebuah kereta bernilai RM50,000 dan barang kemas dianggarkan RM34,638.80.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah. Suspek tempatan juga mempunyai rekod jenayah lampau, manakala suspek warga asing tidak mempunyai sebarang rekod.

Mengulas lanjut, Mohd Farhan berkata sindiket itu dipercayai beroperasi secara terancang dengan membahagikan peranan antara ‘penjaga stor’ dan ‘pengedar’.

“Suspek warga asing berperanan sebagai penjaga stor dadah dan menerima upah bulanan RM1,500 serta komisen antara RM500 hingga RM1,000. Suspek tempatan pula bertindak sebagai ‘runner’ dan diberi upah RM200 bagi setiap penghantaran,” katanya.

Kedua-dua suspek kini direman masing-masing sehingga 20 dan 21 Mei untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum mati, turut berdepan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan