Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang media pendedahan kes rampasan syabu sebanyak 100 kilogram di Medan, Sumatera Utara semalam. Foto Polis Sumatera Utara

Polis Indonesia rampas 100 kg syabu bernilai lebih RM30 juta

ByTVS

JAKARTA, 19 Mei: Direktorat Jenayah Narkotik Polis Wilayah Sumatera Utara berjaya menggagalkan cubaan pengedaran dadah jenis syabu seberat 100 kilogram yang disorokkan dalam bungkusan kopi.

Dadah tersebut dirampas daripada empat suspek yang turut ditahan dalam operasi ini, ketika mereka dalam perjalanan membawa barangan haram itu ke Jakarta dengan sebuah kereta.

Menurut Pengarah Direktorat Jenayah Narkotik, Jean Calvijn, operasi ini adalah hasil risikan pihaknya yang menerima maklumat mengenai penyeludupan syabu melalui perairan Selat Melaka.

“Selepas siasatan dan risikan dijalankan, kami melancarkan serbuan dan menemui 100 kilogram syabu bernilai sekitar Rp100 bilion (RM30 juta) yang diseludup masuk melalui Medan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa daripada jumlah dadah yang dirampas itu, dianggarkan sekitar 500,000 nyawa penagih berjaya diselamatkan.

Pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti rangkaian pengedaran serta dalang utama di sebalik sindiket ini, berdasarkan pengakuan suspek bahawa terdapat dua orang pengendali utama.

Calvijn turut mengesahkan bahawa ini adalah rangkaian besar yang merentasi sempadan negara dan pihaknya tidak akan berhenti sehingga semua pengendali utama ditahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan