Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto UKAS

Pendidikan percuma lahirkan modal insan berkualiti tinggi

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Mei: Inisiatif menyediakan pendidikan percuma ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik Kerajaan Sarawak mampu melahirkan modal insan berkemahiran, fleksibel dan responsif terhadap perubahan dalam keperluan industri selaras dengan evolusi teknologi yang kian pesat berkembang.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau amat menghargai kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam memperkasa ketersediaan modal insan di semua peringkat seperti penubuhan beberapa sekolah antarabangsa serta IPT milik Sarawak berasaskan teknikal dan vokasional yang bertepatan dengan kehendak industri.

“Inisiatif Kerajaan Sarawak yang turut menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada anak Sarawak di IPT dalam bidang terpilih mulai tahun hadapan banyak memberi manfaat kepada anak Sarawak.

“Untuk memperkukuh lagi pembangunan modal insan Sarawak, saya menyeru agar kerjasama yang lebih strategik dilaksanakan antara IPT Sarawak dan pihak industri, ini penting agar pembangunan bakat modal insan dapat digarap secara menyeluruh serta relevan dengan keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini.

Menurutnya, inisiatif tersebut bertepatan dengan perkembangan semasa Kerajaan Sarawak yang membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui
yang bukan sahaja dapat menangani kesan perubahan iklim malah mampu menjadikan Sarawak sebagai ‘Battery of ASEAN’ yang menyokong usaha ASEAN Power Grid untuk membekalkan tenaga bersih di rantau ini.

“Saya berbangga dengan pencapaian penting Kerajaan Sarawak dalam peralihan tenaga hijau berasaskan sumber gas asli. Antaranya, Sarawak Petchem berjaya mengeksport methanol pertama ke negara China pada awal tahun ini.

“Kejayaan ini diteruskan dengan pelancaran Projek Methanol Hijau bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan api rendah secara mampan. Saya juga gembira kerana Sarawak kini memulakan langkah pengurusan sisa buangan yang merangkumi penjanaan tenaga (waste-to-energy),” ujarnya.

Beliau yakin usaha itu akan meningkatkan pengurusan sisa lebih mampan dan menjana pendapatan kepada Sarawak. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found