Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 71 individu diperiksa dalam Ops Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di tiga pusat hiburan sekitar Serian, Bau dan Kuching. Foto JIM Sarawak

Ops Gegar: 46 PATI ditahan di tiga pusat hiburan

KUCHING, 19 Mei: Seramai 71 individu diperiksa dalam Ops Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di tiga pusat hiburan sekitar Serian, Bau dan Kuching dari 17 Mei hingga semalam.

JIM Sarawak dalam kenyataan menyatakan, serbuan itu dilakukan Pasukan Tindakan Khas (PTK) dengan melibatkan kekuatan 18 anggota pelbagai pangkat hasil daripada maklumat risikan.

“Seramai 46 individu ditangkap yang terdiri daripada 42 wanita dan tiga lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia manakala seorang lagi wanita warganegara Filipina.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk penyalahgunaan pas lawatan, tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa dari tempoh pas dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, semasa operasi dijalankan, terdapat cubaan oleh individu yang diperiksa untuk meloloskan diri.

“Mereka bertindak melarikan ke kawasan hutan berhampiran premis namun usaha mereka berjaya digagalkan.

“Kesemua warga asing yang ditahan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” jelas kenyataan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan